Friday, March 11, 2016

Sudut Permainan Ilmu

Jom sertai aktiviti Sudut Permainan Ilmu. Terbuka kepada semua pengunjung yang mengunjungi Karnival Buku Perlis 2016 dari 26  Mac 2015 - 3 April 2016 jam 9 pagi - 5.30 petang. Pengunjung berpeluang mendapat pelbagai hadiah yang ditawarkan. Pelbagai aktiviti Permainan Ilmu seperti:

I) Teka Buku / Teka Jumlah helaian buku
Para peserta dikehendaki untuk meneka jumlah buku / jumlah helaian buku.

II) Putar-putar Ilmu
Para peserta dikehendaki untuk memusingkan putaran roda.  Menguji kepintaran peserta untuk menjawab soalan yang diajukan mengenai isu-isu semasa, matematik, bahasa dan sebagainya.

III) Pancing Jawi
Para peserta dikehendaki untuk memancing perkataan jawi dan sebagainya.

IV) Puzzles
Para peserta dikehendaki untuk menyusun gambar mengikut masa yang diberikan.

V) Eja Perkataan
Para peserta dikehendaki untuk mengeja perkataan samada di dalam Bahasa Malaysia, Inggeris atau Jawi

VI) Susun Buku @ perpustakaan
Para peserta dikehendaki untuk menyusun buku dengan betul mengikut nombor pengkelasan

No comments:

Post a Comment